Ramai yang mahu tingkatkan kualiti hidup. Mahu kewangan yang lebih baik, perniagaan yang lebih baik, kesihatan yang lebih baik dan perhubungan yang lebih baik.
Tetapi, ramai yang tidak tahu hendak mula dari mana. Dunia atas talian (online) ini bercampur aduk antara fakta yang praktikal dan teori mitos. Sampai kita pun tidak tahu apa yang betul dan apa yang praktikal.
Inilah sebab utama Akademi Digital dibina. Kami mahu sampaikan ilmu yang betul, praktikal dari guru yang ada pengalaman sebenar dalam bidang masing-masing. Kami tidak berikan teori yang tidak sahih, kami hanya sampaikan ilmu yang praktikal dari pengalaman sebenar.
Di Akademi Digital, kami percaya ilmu adalah umpama lautan luas yang tiada penghujung. Kita tidak akan habis belajar sampai kita dikuburkan. Selagi mana kita masih hidup, kita perlu tambahkan ilmu. Kami juga percaya, hidup kita akan bertambah baik seiring dengan bertambahnya ilmu. Ilmu yang baik dapat berikan kehidupan yang lebih baik untuk diri kita, keluarga kita dan insan-insan yang kita sayangi.
Bukan semua orang dapat menjadi guru dan menerbitkan panduan bersama Akademi Digital. Kami saring dan tapis, hanya individu yang ada pengalaman dan kejayaan sebenar dapat menjadi pengajar.
Kami mahukan hanya ilmu yang benar diajarkan. Kami mahu sampaikan ilmu “BUAT”, bukan hanya cakap-cakap kosong yang tidak mampu berikan nilai tambah dalam hidup.
Setiap modul telah disusun bersesuaian mengikut tahap. Anda hanya perlu pilih panduan yang sesuai mengikut tahap dan ikuti setiap modul yang disusun.
Ianya semudah ABC untuk mulakan pembelajaran. Hanya dengan beberapa klik, anda boleh log masuk dan jalani sesi pembelajaran.
Danial Arif mula menjalankan perniagaan atas talian pada tahun 2013. Beliau juga pernah bekerja dalam bidang pemasaran digital di 2 buah syarikat agensi pemasaran. Beliau juga menjalankan perniagaan ecommerce sendiri.
Pada awal 2020, beliau berhenti kerja dan menjalankan perniagaan ecommerce secara sepenuh masa. Kini beliau menubuhkan Akademi Digital untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dalam bidang perniagaan ecommerce.
Pernah bertugas sebagai Technical Manager di Bomstart Media Sdn Bhd (agensi yang jalankan servis pemasaran digital/pembangunan laman web).
Ketika di Bomstart Media, beliau merancang strategi, mengurus & membangunkan laman web (corporate/ecommerce) klien-klien Bomstart Media.
Berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang pembangunan laman web (corpoorate/ecommerce) serta pemasaran digital.
© 2020 – Akademi Digital. All rights reserved.