Tips kurus adalah antara kata kunci yang ramai orang cari di Google.

Sebab, ramai orang inginkan tubuh badan yang kurus dan langsing. Dah cuba bermacam tips kurus dan cara, tapi berat badan masih tak turun. Nak tahu yang cepat dan berkesan? Mari ketahui 12 cara nak kurus ini.

Ada yang amal tips kurus short cut dengan mengambil pelbagai produk seperti pil kurus. Untuk kuruskan badan cara tradisional, ia bukan perkara yang mudah. Ia memerlukan keazaman dan dedikasi yang tinggi. Dengan mengikuti tips kurus ini, anda boleh turunkan berat badan secara sihat.

Sebenarnya tidak kisah apa pun bentuk badan, yang paling utama adalah kesihatan. Jika BMI tidak seimbang, ia boleh memudaratkan kesihatan. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Okay, berbalik pada topik utama.

Inilah 12 tips kurus yang anda wajib tahu. (No 3 tu penting, ada tips tentang makanan untuk kurus)

1. Detox

Mari kita mulakan dengan detox! Secara umumnya, detox merupakan satu proses untuk membuang toksin yang terkumpul dalam badan. Dengan mengamalkan detox, ia dapat meningkatkan tahap metabolisme badan. Sekaligus, membantu proses untuk menurunkan berat badan.

Selain dari itu, detox juga boleh membersihkan bahagian dalaman badan, meningkatkan tenaga dan menguatkan sistem imunisasi badan. Yang bestnya, anda tak perlu beli air detox atau produk detox. Anda boleh buat sendiri air detox di rumah! Cara nya mudah, hanya campurkan air kosong dengan bahan berikut: 

  • Lemon
  • Limau
  • Daun pudina
  • Teh hijau
  • Halia

Air detox ini sedap diminum, sejuk mahupun panas.

2. Kawal Saiz Hidangan

Tips kurus yang biasa kita dengar – ambil hidangan kecil setiap kali makan. Dengar macam mudah, tapi sukar untuk diamalkan. Dengan mengawal saiz hidangan makanan, anda dapat mengurangkan pengambilan kalori. Cara ini adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan berat badan.

Saiz hidangan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan adalah suku – suku separuh. Apa itu suku – suku separuh?

  • Suku – nasi (sumber karbohidrat)
  • Suku – lauk seperti ikan, daging, ayam (sumber protein)
  • Separuh – sayur-sayuran dan buah-buahan (sumber serat, vitamin dan mineral)

Selain dari mengamalkan hidangan pinggan suku – suku separuh, anda juga boleh gunakan pinggan lebih kecil semasa makan. Cara ini seakan-akan anda trick minda anda untuk makan dalam kuantiti yang sedikit.

3. Makan Secara Sihat dan Seimbang

Tahukah anda, kunci kepada pengurusan berat badan dan diet yang sihat ialah pemakanan yang sihat dan seimbang. Untuk turunkan berat badan, tidak bermaksud anda kena berlapar dan tidak makan.

Untuk memastikan makanan yang anda ambil setiap hari adalah sihat dan seimbang, anda boleh rujuk piramid makanan. Ia akan membantu anda untuk mencapai:

  • Keseimbangan

Ambil makanan daripada semua lime jenis kumpulan makanan setiap hari. Kumpulan makanan yang terletak di aras bawah piramid makanan perlu diambil dengan mencukupi. Manakala makanan yang terletak di aras lebih tinggi harus diambil dalam jumlah yang lebih kecil.

  • Kepelbagaian

Pastikan anda mengambil gabungan makanan daripada setiap aras piramid makanan. Ini kerana tiada satu jenis makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang badan anda perlukan. 

4. Kurangkan Pengambilan Gula – Tips Kurus Sihat yang Paling Wajib Diamalkan

Gula yang berlebihan sememangnya tidak elok dan boleh membahayakan kesihatan. Terutamanya gula tambahan yang terkandung di dalam makanan yang diproses dan makanan manis. 

Umumnya, terdapat dua jenis gula:

  • Gula semulajadi

Gula semulajadi atau good sugar. Gula yang sudah wujud di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

  • Gula tambahan

Gula tambahan atau bad sugar. Gula yang ditambah di dalam makanan untuk menambah perasa. Sebagai contoh, di dalam kek, makanan ringan, air berkarbonat dan aiskrim.

Untuk turunkan berat badan dengan berkesan, anda mesti berpantang dari gula dan tinggalkan jenis makanan yang mengandungi gula yang tinggi.

5. Banyakkan Minum Air

Cara nak kuruskan badan yang mudah tapi ramai yang leka dan lupa untuk amalkan – banyakkan minum air. Sebenarnya, kekal hidrat adalah kunci untuk menguruskan badan. Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh, termasuk:

  • Penghadaman
  • Penyerapan dan pengangkutan zat
  • Perkumuhan
  • Pengawalan suhu badan

Sebenarnya tiada saranan tetap mengenai jumlah air yang perlu diambil dalam sehari. Ia bergantung pada tubuh badan serta cara hidup individu. Namun, pastikan anda minum air tidak kurang daripada 8 gelas atau 2 liter air sehari.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk minum air sebelum makan. Ini kerana air boleh mengenyangkan, jadi anda tidak akan terlebih makan. Air kosong ya!

6. Elakkan Nasi Putih

Tips kurus yang penting – elakkan nasi putih untuk turunkan berat badan dengan berkesan. Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Tidak sah kalau sehari tak makan nasi. Sebagai alternatif, anda digalakkan untuk mengambil beras perang.

Ini kerana beras putih telah melalui proses polishing, di mana semua fiber yang baik dan zat yang membekalkan nutrisi pada badan telah dibuang. Karbohidrat yang terkandung dalam nasi putih akan bertukar menjadi gula. Jika anda seorang yang aktif dan sering melakukan kerja berat seperti bersawah dan berkebun, gula ini akan membekalkan tenaga.

Namun, jika anda tidak seaktif itu atau hanya terlibat dengan aktiviti yang ringan, awas. Gula ini akan tersimpan menjadi lapisan lemak. Selain itu, elakkan juga tepung putih. Anda boleh ganti dengan tepung unbleached, multigrain atau wholemeal.

7. Sarapan Pagi

Mungkin anda pernah dengar pepatah Inggeris menyebut,

“Sarapan seperti raja, makan tengahari seperti putera raja, makan malam seperti orang biasa.”

Ramai orang sering tinggalkan sarapan pagi kerana kekangan masa. Berdasarkan pepatah ini, sarapan pagi seharusnya menjadi hidangan yang paling besar dan banyak berbanding makan tengahari dan makan malam.

Apabila anda ambil sarapan pagi yang bagus dan berkhasiat, anda akan kenyang lebih lama. Terdapat banyak pilihan yang lebih sihat sebagai sarapan pagi, seperti:

  • Telur
  • Pisang
  • Yogurt
  • Smoothies
  • Oatmeal

8. Makan Mengikut Waktu

Tips kurus ini sangat penting tetapi sering dilupakan. Anda mesti makan mengikut waktu dan jangan sekali-kali melangkau waktu makan. Meninggalkan mana-mana hidangan utama (sarapan, makan tengahari atau makan malam) hanya akan membuat anda lebih lapar.

Secara tak langsung, meningkatkan risiko anda untuk makan secara berlebihan pada waktu makan seterusnya. Selain itu, ia juga boleh mengganggu metabolisme badan serta proses penghadaman. Berikut merupakan waktu makan yang disarankan:

  • Sarapan: 30 – 9.30 pagi
  • Makan tengahari: 00 – 2.00 tengahari
  • Makan malam: 00 petang – 8.00 malam

9. Elakkan Makanan Segera

Untuk kekal konsisten dalam perjalanan diet ni, anda wajib ikut tips kurus ini. Nak tak nak anda mesti jauhi makanan segera dan fast food. Makanan segera merupakan makanan yang telah diproses. Kebiasaannya ia mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Selain itu, ia juga mengandungi banyak bahan kimia yang tidak baik untuk tubuh badan. Dengan menghindari fast food seperti burger, pizza atau kentang goreng, ia membantu untuk menyingkirkan lemak dan mencegah kenaikan berat badan.

10. Elakkan Makanan Berminyak

Untuk tips kurus ini, anda mesti menjauhi makanan kegemaran ramai iaitu makanan berminyak dan bergoreng. Benar, makanan bergoreng seperti pisang goreng dan cucur udang adalah sangat lazat sekali terutama ketika minum petang.

Namun tahukah anda, setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Apatah lagi jika digoreng menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu. Kalori yang tinggi jika tidak dibakar dengan senaman atau aktiviti, akan tersimpan menjadi lemak.

Sebagai alternatif, anda boleh pilih hidangan lain yang tidak berminyak. Sebagai contoh, makanan yang direbus atau dibakar.

11. Bersenam

Selain dari diet, senaman juga adalah tersangat penting. Tips kurus yang anda mesti tahu, diet tanpa senaman tidak akan berkesan. Sekurang-kurangnya, anda wajib bersenam 30 minit, 3 kali seminggu.

Tak kisah lah samada anda nak berzumba, senaman aerobik atau jogging, terpulang pada anda. selain itu, anda digalakkan untuk membuat senaman cardio. Antara senaman cardio yang mudah diamalkan adalah berjalan, berlari dan berenang.

Selain dari membantu untuk menurunkan berat badan, senaman juga menghasilkan hormon serotonin. Ia juga dikenali sebagai happy hormone yang akan membuatkan anda lebih happy setiap kali anda workout.

12. Tidur Yang Cukup

Akhirnya, tips kurus paling best – tidur! Ya, nak kurus kena tidur secukupnya. Individu tidur kurang 8 jam dikaitkan dengan kenaikan berat badan dan obesiti. Ini kerana apabila anda tidak cukup tidur, ia akan memberi kesan pada 2 jenis hormon lapar iaitu ghrelin dan leptin.

Ghrelin merupakan hormon yang akan memberi isyarat bahawa anda lapar. Hormon ini akan menurun selepas anda makan. Manakala leptin pula akan memberi isyarat kepada otak bahawa anda masih kenyang dan tidak perlu makan.

Apabila anda tidak dapat tidur yang secukupnya, kedua-dua hormon ini akan keliru. Badan anda akan menghasilkan lebih banyak ghrelin dan kurang leptin. Ini bermakna badan anda akan rasa lebih lapar dari biasa dan menaikkan selera makan. Jadi, pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari untuk kurus!

12 petua ini bukan sekadar untuk menurunkan berat badan. Ia juga untuk kekal sihat dan menurunkan risiko penyakit kronik. Kepada anda yang sedang berjuang untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan, jangan cepat mengalah dan kuat semangat ya! Teruskan usaha anda, pasti akan mendapat hasil.

Apa yang paling penting adalah, kena disiplin dan konsisten amalkan kesemua tips kurus ini.